Selasa, 7 Ogos 2012

tart nenas gulung




TART NENAS GULUNG

Bahan-bahannya:
2 cawan mentega berkualiti tinggi
4 cawan tepung gandum #
4 cawan tepung kastard #(disatukan dan diayak)
1/2 cawan (kalu nk manis tambah sedikit lg) gula aising
1 kuning telur
1 camca teh vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen
Kuning telur untuk di sapu

Cara membuatnya:
1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut n tak melekat di tangan
2.Isi sedikit doh tadi dalam acuan tart. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.
3. Sapu kuning telur atas tart gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tart dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.
4. sudah sejuk blh la disimpan di dalam bekas kedap udara
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan