Rabu, 14 Disember 2011

kek pisang lembap

assalamualaikum...kawan2 semua..saya telah mencuba kek pisang lembap ni memang sedap dn gebu..saya nk ucapkan terima kasih pada kak cu..kerna share kan resepi kek pisang ini..tak rugi memcuba nya



walau pun nampak garing sikit ..bila sejuk lembut je kek ni

bahan2nya
2 cawan tepung gandum (saya guna tepung super fine)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonet soda
satu kan dan ayak
10 biji pisang emas (saya guna pisang berangan)
125 butter cair kan dan sejuk kan
1cawan gula perang (saya guna 1/2 cawan je)
1 sudu makan ovellet (saya guna emulsifier)
1 sudu vanila 
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair (saya guna susu tepung 50g)
cara2nya
pukul telur bersama emulsifier dn gula hingga kembang
masukkan tepung,susu tepung berselang dangan butter yg telah dicair kan
masukkan pisang yg telah di lenyet..panaskan oven dengan suhu 160c
masukkan adunan kedalam loyang yg telah di sapu kan dengan sedikit butte dan di alas kertas minyak ..sapukan butter rata2
selepas itu boleh lah di bakar dlm masa 40 minit ikut oven masing suhu nya
biar sejuk baru potong dan dihidang kn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan